Nourah love making friends

My baby Nourah is 10 months this month (April). So far, her progress is tally with other 10 months babies. Cuma Nourah masih belum menampakkan pertumbuhan gigi. But it’s ok. Hehe…

Dia dah nampak suka untuk berkawan. Actually, dari dulu pun dia macam suka berkawan sebab dia tak kisah sangat siapa – siapa yang dukung dia (sometimes this scares me though. Minta jauh la perkara buruk). And lately, sejak dia dah mula merangkak laju, dia akan cari tempat yang ramai orang. Macam semalam, pintu bilik kakak tertutup sikit. Dia dengar suara Aqmar and Mirza. So Nourah merangkak pergi depan pintu toilet, maybe dia ingat Aqmar and Mirza still mandi. After she found out the toilet was empty, dia tolak pintu bilik and masuk bilik. Lepas tu dia suka lah sebab abang – abang ada dalam tu. Haha.

Then a few weeks back, we attend my husband’s friend’s wedding. Dan biasanya wedding ni tempat mini reunion kan. So jumpa la best friend suami. Tapi memang kebetulan nak pergi rumah dia juga sebab his wife baru bersalin second son. Waktu kat rumah kawan tu lah Nourah tunjuk dia peramah. Hihi.

nourah1I assume that this is how Nourah say hello to her new friend. Dia gigit perut orang. Tak pun dia pukul – pukul or sepak muka orang. Hahaha. Weird kid. -_-

Then the little baby came out. Nourah excited lagi. Dia tengok baby sambil pegang – pegang kepala baby. And she almost pukul kepala baby tu. Kan dah cakap dah.. huhuhu.

nourah2Alalala.. baiknya… sayang baby ke? Nak adik ke Nourah?😛

 

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | 2 Comments

It’s My Birthday!

Hey hey…

it’s been a while since my last post heh?

Hee… been quite busy these few days. By the way, guess what? Today is my birthday!!

Yes… kali kedua menyambut birthday sebagai seorang isteri dan kali pertama sebagai seorang ibu. tsk… tsk… terharu.

Thanks everyone for the warm wishes and du’a… sayang semua orang.🙂

and thanks to google as well.. hahaha… at first, macam blur apesal ada gambar kek ni? ada birthday siapa – siapa ke? Then bila take cursor point ke atas kek tu, dia tulis happy birthday (my name)… hiks~google bdayAnyways, impian dan hajat saya, setiap tahun sama, semoga Allah merahmati hidup aku serta keluarga aku, semoga Allah berikan aku serta keluarga aku kesihatan untuk mencari rezeki dan beribadah… semoga Allah terus limpahkan kasih sayang Nya ke atas aku dan keluargaku. Dan moga setiap perkara yang aku lakukan ini diberkati oleh Nya. InsyaAllah… :’)

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Leave a comment

Penantian MH370 Berakhir

It was only yesterday afternoon I posted about “Masih mencari MH370″…

Then, tiba – tiba malam tadi our Prime Minister made a press conference… pukul 10mlm!

Confirmed that MH370 hilang di lautan Hindi. Dan sepanjang hari ni satu Malaysia bersedih… kami yang tiada kaitan terasa sedihnya, apatah lagi keluarga terdekat.😥

griefSedih… pilu… perasaan bercampur baur. Walaupun dalam hati ini sebenarnya mengatakan masih ada harapan. Mereka di dalam MH370 tu masih selamat atau sekurang – kurangnya ada yang terselamat.

Tapi…

Lautan hindi itu sangat luas, dalam dan tiada pulau. Mustahil mereka boleh selamat.

Maka, aku cuma berdoa dan berharap dengan kuasa Allah, tunjukkan lah sebarang bukti yang boleh menjawab pelbagai persoalan.

lovenoteSedih bila membaca caption dari Instagram ni. Harapan dan doa seorang isteri…😥

Allahu… jika benar mereka telah pergi untuk selama – lamanya, kami berdoa agar mereka damai di sana. Kau berilah rahmat Mu ya Allah, ampunkan lah dosa – dosa mereka…😥

dear indian ocean

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Masih mencari MH370

It has been 17 days…

Ye… 17 hari selepas MH370 dilaporkan hilang. Hmm… misi mencari masih dijalankan. Semakin banyak negara luar yang turut membantu mencari pesawat MH370 ini.

Keluarga dan rakan – rakan yang affected dengan insiden ini masih menaruh harapan yang tinggi agar pesawat MH370 dijumpai dan penumpang semua masih selamat. Semoga Allah berikan kami berita gembira.

Tadi, aku baca salah satu blog yang aku follow. Katanya, sejak kes MH370 ini, Malaysia mula dikenali ramai…

Malaysia VS Foreigners-01Harap perkara ini tidak menjejaskan tahun melawat Malaysia… huhu. Dan berharap sangat segala spekulasi atau berita yang tidak betul mengenai pesawat, pilot dan siapa – siapa lah yang terlibat adalah cerita bohong semata- mata.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Leave a comment

Homeschool

Antara topik yang popular sekarang ini ialah homeschool.

Ye… homeschool… atau kata lainnya, rumah sekolah (?)… kahkah… aku reka saja.😛

Tapi lebih kurang gitu lah maksudnya… kau tidak sekolahkan anak kau di mana – mana institusi pengajian seperti kita – kita dulu — pergi sekolah kebangsaan, pergi sekolah agama, ada exam, ada itu, ada ini etc etc… syllabus pembelajaran anak kau, kau yang cipta sendiri, bukan kementerian pendidikan.

Tapi, tak bermakna anak kau tak bijak dan tak berdisiplin bila homeschool. Setakat yang aku baca dan buat sedikit research (cewah), anak – anak yang homeschool lebih berdisiplin dan lebih bijak. Sebab homeschool ni pun ada jadual nya. Dan sudah tentu lah parents tu ada target by this age and this age anak dia dah cover topic apa. Dan homeschool ni selalunya akan fokus kepada minat anak – anak tu. Kalau pergi sekolah kan, benda yang budak – budak tak minat pun kena belajar. Lepas tu, rasa morale down bila tak excel in certain subjects.

Seronok pula aku tengok mereka yang homeschool ni. A group of parents akan berkumpul dan berkongsi idea about aktiviti apa yang akan dilakukan oleh anak – anak mereka. Meaning, anak – anak ini akan buat group activities, so mereka didedahkan dengan social skills. Mereka akan berinteraksi dengan orang lain. Homeschool ni bukan kau ajar anak kau kat rumah saja, belajar sendiri – sendiri. Salah salah salah… kadang – kadang mereka buat volunteer work, riadah seperti berkuda, memanah, berenang… semuanya lepas mereka dah penat belajar. Ibu bapa yang punya kemahiran tertentu dialu – alukan untuk mengajar topic yang mereka expert.

Anyways, aku jumpa satu website homeschool for muslim. Dalam website ni diorang ada share worksheets, cards yang kau boleh print untuk diguna pakai waktu homeschool nanti.

Lepas aku berhenti kerja nanti, aku ingat nak homeschool kan Nourah. Tengok lah macam mana nanti… aku nak spend all my time untuk anak – anak aku.

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

Wordless Wednesday

BXO2R6mCIAA0RRq

Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment

Di mana MH370?

It has been 3 days…

Sudah 3 hari sejak berita kehilangan kapal terbang MH370 heboh di media massa…

Ya Allah, kami bermohon agar Kau berikan petunjuk…

Agar keresahan dan kerisauan segera dilenyapkan…

Berikan kami kekuatan untuk menerima segala ketentuanMu…

Aminn… aminn.. ya robbal ‘alamin….😥

pray for mh370#prayforMH370

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Leave a comment

Eat Clean!

Beberapa minggu ni, apa yang aku baca mesti ada yang cerita tentang eat clean. Eat clean itu ialah kau amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Basically, seseorang itu akan lebihkan sayur dan buah dalam meal mereka.

Kalau ikut piramid makanan pun, sayur dan buah – buahan itu dalam kategori second from bottom, kan? Lepas tu, karbohidrat, protein dan yang lain – lain jangan lupa pula. Makan juga. Cuma pandai – pandai lah kita kawal portion dia.

sumber: google

sumber: google

So, aku pun nak kongsi lah gambar yang aku jumpa ni. Clean eating for beginners macam aku. Aku yakin, kalau kawan – kawan aku tau ni mesti akan kata aku tak perlu ni semua sebab aku dah kurus. Hahaha.

Heh! Kurus pun belum tentu sihat ye kawan – kawan. Lebih baik kita mencegah sekarang daripada terseksa untuk mengubati di masa akan datang. Hehehe. Ada juga yang kurus tapi tahap kolestrol tinggi. Haa.. aku la tu. Hihihi. Marilah kita sama – sama ubah gaya hidup.

eat cleanBanyakkan makan makanan yang menyihatkan dan ayuh bersenam!!😀

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | 2 Comments

Aku dan si buta

Kisah ini berlaku semalam di stesen LRT Putra KLCC.
Aku sedang menunggu suami aku beli tiket train balik ke Sri Rampai. Sementara tunggu tu, aku berdiri sambil berangan sebab aku menghadap kedai H&M. Hahaha.

Tiba – tiba ada seorang lelaki cina buta lalu betul – betul depan aku. Kalau dia jalan jauh dari aku, mungkin aku buat tak tau je. Tapi disebabkan dah dia depan aku, automatic aku rasa aku perlu tanya dia nak ke mana.

“Hello. Do you want to buy a ticket?”
Gaya tanya macam aku penjual tiket pula. Haha.

“No, I want to go to KLCC.”

“Oh, KLCC is this way…”
Sambil pimpin tangan dia dan bawa ke arah jalan ke KLCC. Tapi aku tak dapat teman dia sampai ke pintu masuk KLCC sebab takut suami aku cari nanti. Then I said, “You just go straight aa..”

“Ok. Ok… thank you.”

Lepas suami aku selesai beli tiket, dia datang ke arah aku. Aku pun cerita what had happened just now… dan last sekali aku cakap, “rasa serba salah pula bila cakap just go straight tadi sebab dia bukan nampak. Harap – harap dia tak kecil hati.”

Ye lah. Straight saya dan straight dia mesti berbeza. Harap ada orang lain pula yang sudi tolong dia.🙂

Posted in Memory, Short entry | Tagged , , , , | Leave a comment

Kuala Lumpur dan kesesakan lalu lintas

Bandaraya Kuala Lumpur (KL) dan kesesakan lalu lintas, atau nama lainnya traffic jam, memang tak dapat dipisahkan. Aku tak tau lah mana silap nya. Nak kata public transport kurang, dah banyak dah — bas rapidKL, LRT, monorail etc. Tapi jalan raya tetap penuh dengan kendaraan persendirian. Eh.. tapi kalau kita naik public transport pun, selalu juga penuh dan terpaksa bersesak.

Ramai sangat ke warga KL? Mungkin…

Terlalu ramai sampai public transport dipenuhi manusia dan jalan raya dipenuhi kereta?? WOW!!

Adakah sistem public transport tidak efisyen? Aku ada pengalaman pergi kerja menggunakan public transport. Waktu aku kerja di bangunan Selangor Dredging dulu, aku kena naik LRT. Seingat aku, biasanya waktu peak hour — waktu orang ramai pergi dan balik kerja, LRT akan ada setiap lima minit kalau tak silap. Tapi yang pasti, cepat dan banyak lah dari waktu lain. Sebanyak mana LRT yang datang dan pergi, orang tetap ramai pada waktu yang sama.

Kalau bas pula, rapidKL setakat ini memang ikut jadual waktu perjalanan mereka. Boleh kata sistematik la. Kalau bas datang lambat pun, mungkin ada la sekali dua diorang buat hal. Hehehe. Bas metro aku tak ambil tahu. Tak nak ambil tahu langsung kot. Tengok driver dia pun dah seram walaupun dulu pernah lah naik sekali. Ke dua kali? Haha..😛

Hmm… rasanya, kalau cuba nak selesaikan masalah ni aku kena duduk kat setiap stesyen LRT dan hentian bas atau teksi untuk buat analisis. Hahaha.

Sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan ni?

Sebenarnya, pagi tadi waktu aku nak pergi kerja, jalan kat Keramat sesak! jammed! Padahal aku dah ikut jalan dalam dah instead of ikut MRR2, which is memang tiap – tiap hari akan jammed. Tak sangka pula boleh sangkut kat satu simpang ni (circled in picture captured below. Semangat tak aku? Hehe). Dan rupa – rupanya, dekat twitter dan Facebook pun ramai yang update pasal jalan jammed ni. Maknanya di semua pelusuk kat KL mengalami masalah sesak jalan.

lembah keramat

Agak – agaklah kan, apa punca kesesakan yang teruk ni? First time rasanya seteruk ni.😦

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , | Leave a comment